Saturday, September 15, 2012

Apa Bangang Style...

Wahai sekalian yang mendakwa Beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum Muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum Muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad, disahihkan al-Albani)

Dulu, di sebuah negara yang diberi nama Inderapura pernah digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan seorang ketua pembangkang berjoget di atas pentas ceramah. Dato Murad namanya ( bukan nama sebenar). Maka saban hari dipaparkan video yang tak sampai 10 saat itu di berita berita utama. Tujuannya bukan sebagai pengajaran. Tapi lebih kepada mengaibkan. Secara peribadi, tidaklah teruk mana gerak tarinya. Cuma menggoyangkan pinggang ke kiri dan kanan tak sampai lima kali. Namun, salah si ketua pembangkang itu juga, kerana tidak jaga kelakuan. Tindakan tersebut dilakukan atas kerelaan sendiri.

.

.

.

and time passes by

.

.

.

Di laman sesawang muat naik video popular, YouPipe sedang gempar dengan video ketua pemimpin negara Inderapura bersama isteri dan menteri menteri yang lain berjoget di atas pentas. Video berdurasi kira kira 14 minit itu terus mendapat perhatian rakyat dan pelbagai komen dilemparkan. Apa tujuan video itu dimuat naik, tidak diketahui niatnya. Untuk sekadar hiburan atau untuk mengaibkan. Sepertimana yang ketua pembangkang, tarian tersebut tidaklah seteruk mana, cuma menjadi isu ia dilakukan dikhalayak ramai. Apa yang terjadi kepada ketua pembangkang, kini sedang dirasai oleh ketua pemimpin.

Di laman sesawang YouPipe juga, sedang popular video tarian yang sebenarnya tidaklah menarik mana. Jika ditanya pada anak muda, pasti mereka tahu. Siap boleh buat demo lagi. "Apa Bangang Style " nama tarian tersebut. Hebatnya tarian tersebut, sehingga banyak video parody dari seluruh dunia dihasilkan. Kalah tarian moonwalk Maikel Jeksen. Di zaman Internet ini, ada orang yang mudah mendapat popular, ada yang mudah mendapat malu. Moga kita dijauhkan dari dizalimi.

Nama tempat dan watak perlu diubah supaya aku tak dikenakan Akta 114A

1 comment:

iBNu iSMAil said...

tarian itu sabanarnya adalah satu gerakan yang mencontohi aksi seks....'tahniah' kepada mereka yang mengamalkannya tanpa ilmu....jangan gusar, jalan kembali sentiasa tarbuka, selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,,,