Monday, September 24, 2012

Bahaya Facebook!!!

Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak. Ada beberapa orang pengguna Facebook gemar mendedahkan lokasi mereka ketika mengemaskinikan status atau memuatnaik gambar, seperti contoh di bawah.

Bagi orang kebiasaan, perkara ini tidak mendatangkan bahaya. Tapi bagi selebriti macam aku, mendedahkan lokasi semasa boleh mendatangkan bahaya. Takut diserbu peminat. Begitu juga bagi mereka yang berkhidmat dengan agensi keselamatan negara, perkara begini harus diambil serius. Laporan akhbar dari luar negara menyiarkan pihak Taliban menggunakan maklumat dari Facebook untuk mengenalpasti kedudukan askar askar di Afghanistan. [1]

Modus operandinya begini. Pihak risikan Taliban akan membuka akaun palsu Facebook dengan menyamar sebagai wanita seksi. Mereka akan meletakkan gambar profil dengan gambar wanita seksi dan kemudiannya membuat friend request kepada askar askar PBB yang sedang berkhidmat di Afghanistan. Setiap kali askar PBB tersebut mengemaskini status, atau memuatnaik gambar, kedudukan mereka akan terdedah. Ini memudahkan pihak Taliban membuat serang hendap. Ini diakui oleh Jabatan Pertahanan Australia.

Pada awal 2007, pihak tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa serangan terhadap 4 buah helikopter Apache di Iraq diserang setelah lokasinya didedahkan apabila ada di antara askarnya memuatnaik foto di Facebook. Perkara ini terjadi kerana terdapat satu aplikasi pada Facebook yang dipanggil geotagging yang akan mendedahkan lokasi secara automatik apabila pengguna mengemaskini status.

Jadi, kepada pengguna Facebook, diharapkan anda semua menyemak semula security setting anda dan cuba jangan mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di Facebook. Penjenayah sekarang semakin canggih, mereka boleh menggunakan data yang bagi kita mungkin tidak penting, tetapi penting bagi mereka.

Sekian, terima kasih.

Oh ya, jika anda semua ada menerima email daripada saya berkaitan dengan penjualan viagra, itu bukan dari saya. Akaun email Yahoo saya kena hack. Akaun Google mail pun dah kena hack. Gula gula hack betul...

No comments: