Saturday, September 15, 2012

Penduduk Gaza Mencipta Kereta Elektrik...

Gaza, di Palestin merupakan salah satu kawasan yang paling bahaya untuk didiami di dunia. Juga antara kawasan paling teruk dikenakan sekatan oleh Israel laknatullah. Sekatan ekonomi, makanan, barangan dan pelbagai lagi. Sehingga untuk bersolat di masjid al-aqsa pun disekat. Jahanam!

Namun, di sebalik segala sekatan yang dihadapi, ia tidak dapat menghalang rakyat Palestin untuk terus cemerlang. Di Gaza, seorang rakyatnya berjaya mencipta sebuah kereta elektrik. Munther Al Qassas, si penciptanya membina kereta tersebut dari barang terpakai sebagai satu respon terhadap sekatan bekalan petrol yang dikenakan oleh Israel. Dan beliau seorang pemandu teksi. [1]

Bukan itu sahaja kejayaan rakyat Palestin. Pada 2010, tiga orang pelajar kejuruteraan Universiti Politeknik Palestin telah berjaya membina sebuah kereta solar - juga dari barangan terpakai [2]. Dan Universiti Politeknik Palestin ini terletak di Tebing Barat, sebuah daerah berdarah.

Jika tidak silap aku, pernah keluar di akhbar tempatan mengenai kisah seorang rakyat Palestin, juga seorang pemandu teksi mencipta sebuah kereta yang digerakkan dengan enjin berkuasa air. Tapi aku tak dapat kemukakan bukti.

Walaupun kereta elektrik, solar dan air ini bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan keadaan sekatan yang dihadapi dan dalam serba kekurangan, cukup membuatkan aku berkata - wow, wow, dan wow.

No comments: