Saturday, October 27, 2012

Nepal Pun Dah Boleh Jadi Usahawan...

Dahulunya tersergam megah pasaraya Great Wall di simpang empat utama di Pelabuhan Klang. Dengan kemajuan yang dikecapi oleh Bandar Klang, makin banyak pasaraya yang lebih besar dan megah dibina, menyebabkan Great Wall gulung tikar. Dan premis tersebut digantikan dengan kedai serbaneka yang juga mengalami nasib yang sama beberapa tahun selepas itu.

Dan kini premis tersebut bertukar tuan lagi. Kali ini kedai yang dibuka agak unik sikit, dan sebelum ini tidak ada kedai seumpama itu dibuka di Pelabuhan Klang.

Papan tanda KEDAI SERBANEKA masih lagi ada. Di bawah papan tanda itu, ada papan tanda SRI GHORKALI TRADING. Satu perniagaan menjual barangan dari Nepal seperti baju, selimut, beg dan sebagainya. Di sebelah SRI GHOKALI terdapat sebuah lagi kedai menjual barangan Nepal, iaitu IP NAKHUTE FANCY, milik syarikat NEPAL CORNER SDN. BHD. Sendirian Berhad tu!

Bertentangan dengan kedai kedai tersebut ada sebuah lagi kedai hak milik NEPAL CORNER SDN. BHD. Kedai ini menjual pelbagai barangan, sama ada dari Nepal atau lain. Barang barang yang dijual adalah selipar, karpet, beg, kasut, vcd, jam tangan, baju, lampu picit, pemain dvd sehinggalah ke telefon bimbit. Pekerjanya sudah tentulah warga Nepal.

Pelabuhan Klang, dari dulu sehingga kini jadi tumpuan perantau. Cuma dulu perantau terdiri daripada warga Malaysia, kini pendatang asing!

Monday, October 15, 2012

Karangan: Cerita Bergambar...


ARAHAN: DENGAN MENGGUNAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 120 PATAH PERKATAAN, SILA BINA SATU CERITA BERDASARKAN SIRI GAMBAR GAMBAR DI BAWAH.

TAJUK: TRAGEDI DI KAMPUNG KEBUDAYAAN SARAWAK.






Monday, September 24, 2012

Bahaya Facebook!!!

Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak. Ada beberapa orang pengguna Facebook gemar mendedahkan lokasi mereka ketika mengemaskinikan status atau memuatnaik gambar, seperti contoh di bawah.

Bagi orang kebiasaan, perkara ini tidak mendatangkan bahaya. Tapi bagi selebriti macam aku, mendedahkan lokasi semasa boleh mendatangkan bahaya. Takut diserbu peminat. Begitu juga bagi mereka yang berkhidmat dengan agensi keselamatan negara, perkara begini harus diambil serius. Laporan akhbar dari luar negara menyiarkan pihak Taliban menggunakan maklumat dari Facebook untuk mengenalpasti kedudukan askar askar di Afghanistan. [1]

Modus operandinya begini. Pihak risikan Taliban akan membuka akaun palsu Facebook dengan menyamar sebagai wanita seksi. Mereka akan meletakkan gambar profil dengan gambar wanita seksi dan kemudiannya membuat friend request kepada askar askar PBB yang sedang berkhidmat di Afghanistan. Setiap kali askar PBB tersebut mengemaskini status, atau memuatnaik gambar, kedudukan mereka akan terdedah. Ini memudahkan pihak Taliban membuat serang hendap. Ini diakui oleh Jabatan Pertahanan Australia.

Pada awal 2007, pihak tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa serangan terhadap 4 buah helikopter Apache di Iraq diserang setelah lokasinya didedahkan apabila ada di antara askarnya memuatnaik foto di Facebook. Perkara ini terjadi kerana terdapat satu aplikasi pada Facebook yang dipanggil geotagging yang akan mendedahkan lokasi secara automatik apabila pengguna mengemaskini status.

Jadi, kepada pengguna Facebook, diharapkan anda semua menyemak semula security setting anda dan cuba jangan mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di Facebook. Penjenayah sekarang semakin canggih, mereka boleh menggunakan data yang bagi kita mungkin tidak penting, tetapi penting bagi mereka.

Sekian, terima kasih.

Oh ya, jika anda semua ada menerima email daripada saya berkaitan dengan penjualan viagra, itu bukan dari saya. Akaun email Yahoo saya kena hack. Akaun Google mail pun dah kena hack. Gula gula hack betul...

Saturday, September 15, 2012

Penduduk Gaza Mencipta Kereta Elektrik...

Gaza, di Palestin merupakan salah satu kawasan yang paling bahaya untuk didiami di dunia. Juga antara kawasan paling teruk dikenakan sekatan oleh Israel laknatullah. Sekatan ekonomi, makanan, barangan dan pelbagai lagi. Sehingga untuk bersolat di masjid al-aqsa pun disekat. Jahanam!

Namun, di sebalik segala sekatan yang dihadapi, ia tidak dapat menghalang rakyat Palestin untuk terus cemerlang. Di Gaza, seorang rakyatnya berjaya mencipta sebuah kereta elektrik. Munther Al Qassas, si penciptanya membina kereta tersebut dari barang terpakai sebagai satu respon terhadap sekatan bekalan petrol yang dikenakan oleh Israel. Dan beliau seorang pemandu teksi. [1]

Bukan itu sahaja kejayaan rakyat Palestin. Pada 2010, tiga orang pelajar kejuruteraan Universiti Politeknik Palestin telah berjaya membina sebuah kereta solar - juga dari barangan terpakai [2]. Dan Universiti Politeknik Palestin ini terletak di Tebing Barat, sebuah daerah berdarah.

Jika tidak silap aku, pernah keluar di akhbar tempatan mengenai kisah seorang rakyat Palestin, juga seorang pemandu teksi mencipta sebuah kereta yang digerakkan dengan enjin berkuasa air. Tapi aku tak dapat kemukakan bukti.

Walaupun kereta elektrik, solar dan air ini bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan keadaan sekatan yang dihadapi dan dalam serba kekurangan, cukup membuatkan aku berkata - wow, wow, dan wow.

Apa Bangang Style...

Wahai sekalian yang mendakwa Beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum Muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum Muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad, disahihkan al-Albani)

Dulu, di sebuah negara yang diberi nama Inderapura pernah digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan seorang ketua pembangkang berjoget di atas pentas ceramah. Dato Murad namanya ( bukan nama sebenar). Maka saban hari dipaparkan video yang tak sampai 10 saat itu di berita berita utama. Tujuannya bukan sebagai pengajaran. Tapi lebih kepada mengaibkan. Secara peribadi, tidaklah teruk mana gerak tarinya. Cuma menggoyangkan pinggang ke kiri dan kanan tak sampai lima kali. Namun, salah si ketua pembangkang itu juga, kerana tidak jaga kelakuan. Tindakan tersebut dilakukan atas kerelaan sendiri.

.

.

.

and time passes by

.

.

.

Di laman sesawang muat naik video popular, YouPipe sedang gempar dengan video ketua pemimpin negara Inderapura bersama isteri dan menteri menteri yang lain berjoget di atas pentas. Video berdurasi kira kira 14 minit itu terus mendapat perhatian rakyat dan pelbagai komen dilemparkan. Apa tujuan video itu dimuat naik, tidak diketahui niatnya. Untuk sekadar hiburan atau untuk mengaibkan. Sepertimana yang ketua pembangkang, tarian tersebut tidaklah seteruk mana, cuma menjadi isu ia dilakukan dikhalayak ramai. Apa yang terjadi kepada ketua pembangkang, kini sedang dirasai oleh ketua pemimpin.

Di laman sesawang YouPipe juga, sedang popular video tarian yang sebenarnya tidaklah menarik mana. Jika ditanya pada anak muda, pasti mereka tahu. Siap boleh buat demo lagi. "Apa Bangang Style " nama tarian tersebut. Hebatnya tarian tersebut, sehingga banyak video parody dari seluruh dunia dihasilkan. Kalah tarian moonwalk Maikel Jeksen. Di zaman Internet ini, ada orang yang mudah mendapat popular, ada yang mudah mendapat malu. Moga kita dijauhkan dari dizalimi.

Nama tempat dan watak perlu diubah supaya aku tak dikenakan Akta 114A

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Monyet...

Seperti mana yang diceritakan oleh seorang sahabat mengenai cinta pertamanya di zaman persekolahan.

Begini kisahnya:

Sekitar tahun 1995.

Kali pertama bertemu si dia di jejantas hadapan SMPRZ. Masa itu si dia mendaki tangga jejantas manakala gua sedang menyorong basikal menaiki jejantas. Atas bantuan rakan, nama si dia diketahui. Dulu nama ni tak popular. Tapi sekarang ni, makin popular. Najwa nama dia.

Bertemu di Facebook beberapa hari kemudian, mungkin gua comel kot dia ajak berjumpa di KL. Ya, KL. Oh lupa bilang gadis ni KL. Tak cakap kosong dia memang begini, akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki. Lelakinya pula kan bawa Mercedes. Apa saja diminta dia pasti memberi.

Tapi Si dia pula cakap begini:

Engkau punya gaya, walaupun tak kaya, tapi bukan paras rupa yang ku pandang sahaja. Mungkin kau lihat ku banyak berbelanja, tapi sebenarnya ku biasa biasa saja.

Bertemu di Mukabuku ku jatuh hati padamu, bukan tanak mengaku tapi hati rasa malu. Senyum mu menawan menawan, Kau buat hatiku tertawan. Ada sesuatu yang kau perlu tahu Tentang diri aku dengan lelaki itu. Meski dia bisa beriku apa sahaja Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia. Itu bukan segalanya.

Macam susah nak percaya cerita kawan aku tu. Anda, bagaimana?

Pesanan: budak sekolah jangan sibuk nak bercinta. Cinta kamu tahap Monyet je...

Wednesday, September 5, 2012

Kajian Literasi: Sejarah USB Flash Drive...

Kajian Literasi: Sejarah USB Flash Drive

Azar Shabudin

Wan Siti Fatimah Wan Ab Rahman

Suzana Othman

Ada sesetengah orang panggilnya pen Drive. Ada juga yang memanggilnya Flash Drive. Begitu juga dengan panggilan thumb Drive dan handy drive. Semua panggilan itu merujuk kepada benda yang sama; USB Flash Drive. Satu alat yang wajib ada bagi setiap pelajar IPT dan sebahagian mereka yang sudah bekerja. Ia popular kerana ia penting, mudah, kecil, ringan dan murah.

USB Flash Drive ini hadir dipasaran Malaysia pada awal tahun 2000. Sebelum adanya alat ini, 31/2 (baca three and half) floppy disk merupakan peranti storan mudah alih yang popular. Sekeping berharga dalam RM 1++. Tapi saiznya terhad kepada 1.4mb sahaja. Sedangkan saiz storan USB Flash Drive pada masa itu ialah 64mb. Harga? Sekitar RM100++!!!

Jenama ternama pada masa itu ialah Apacer, Transcend dan Kingston. Gambar di atas ialah jenama Apacer. Saiznya memang besar, berbentuk elips dan ada penutup. Saiz storan USB Flash Drive pada masa itu 64mb, 128mb dan paling besar 256mb. Dengan saiz storan 64mb, kalau hendak memindahkan 20 buah fail mp3, perlu buat 2 kali. Beberapa tahun selepas itu muncul USB Flash Drive yang bersaiz storan 512mb, 1GB dan seterusnya dengan saiz yang lebih kecil. Di awal tahun 2000 dulu, sesiapa yang memiliki USB Flash Drive tergolong dalam anak orang berada. Maklumlah, harga pada masa itu mencecah ratusan ringgit seunit.

Terdapat banyak versi berkenaan siapakah penciptanya. Ada yang kata Toshiba, ada yang kata syarikat Trek, dan wikipedia pula menyatakan ia dicipta oleh 3 orang Israel dibawah syarikat M-system (kini sandisk). Syarikat dari Israel nih!!

Tapi itu cerita dulu. Kini USB Flash Drive bukanlah sesuatu yang mendapat perhatian. Jika dahulu, bila hilang USB Flash Drive, maka menangis tak berlagu lah pemiliknya. Bukan kerana isi kandungannya, tetapi kerana harganya pada masa itu. Baru baru ini aku baru sahaja membeli sebuah USB Flash Drive yang bersaiz 8GB. Harganya? RM19 sahaja. Murah kan? Sebab itu, kalau hilang pun tidak terasa ralat sangat.

Alahai kecik nya...