Thursday, June 13, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang...(Part 4)

Part 4: Manukan, Kami Datang...

Kalau digoogle di internet berkenaan Sabah, nama Pulau Manukan pasti ada. Adalah menjadi suatu yang kurang normal jika melancong ke Kota Kinabalu tidak singgah ke Manukan. Supaya tidak tergolong dalam golongan tidak normal, kami singgah juga ke Pulau Manukan. Mandi laut.

Hendak ke Pulau Manukan atau pulau pulau yang berhampiran, perlu menaiki bot kerana jambatan sik ada(tiada dalam dialek Sabah). Jeti yang popular untuk ke sana ialah Jesselton Point. Tapi kami naik dari jeti sebelah Pasar Besar Kota Kinabalu. Setelah sesi ramah mesra, sesi berbalas pantun dan soal jawab dengan agen bot, kami berjaya menyewa sebuah speed boat dengan harga yang murah. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan mengambil masa 20-30 minit saja bah!

Dikatakan Pulau Manukan mempunyai pantai yang indah, terumbu karang dan penuh dengan ikan finding nemo. Sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Bayaran masuk ke pulau cuma RM3 bagi orang dewasa dan tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun. Itu pun jika ada kad pengenalan Malaysia warna biru.

Keindahan itu suatu yang subjektif. Lain mata lain kata. Dari segi kebersihan air pantai, kami sedikit kecewa dan malu kepada pelancong luar kerana terdapat banyak plastik plastik terapung di permukaan air. Karung beras 10kg pun ada! Terus kami bandingkan dengan Pulau Pangkor. Pulau Pangkor pantainya lebih landai dan kawasan terumbu karangnya juga agak terpencil. Jom jamu mata!

No comments: