Thursday, June 13, 2013

Siri Pengembaraan : Sabah, Abang Datang... (Part 3)

Part 3: Brek, Pokok dan Ikan

Lepas puas tengok lembu, kami bercadang bermain ikan pula. Untuk ke Desa Dairy Farm, perlu mendaki bukit. Makna kata, untuk keluar, perlu menuruni bukit. Di sini pengunjung memerlukan kecekapan kaki menekan brek disamping sistem brek kereta yang perlu berfungsi sebaiknya. Seperti dalam cerita pengembaraan, perlu ada unsur suspen untuk menjadikan pengembaraan itu menarik. Brek kereta sewa En Fahmi mengalami masalah. Berasap bah breknya!

Hasil daripada perbincangan 3 orang pakar automotif, iaitu aku, En Fahmi sendiri dan En Fahruz, setelah memeriksa dengan teliti masalah mekanikal yang berlaku, masalah tersebut dapat diatasi dengan begitu pantas. Iaitu dengan cara meninggalkan kereta tersebut di tempat yang selamat dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Bagi menambahkan kesan suspen dan thrill, ketika dalam perjalanan secara tiba tiba tumbang sebatang pokok besar dan menghempap kereta yang dipandu oleh hero cerita ini. Iaitu aku. Hero mana boleh cedera. Alhamdulillah, kami semua selamat. Kereta Proton Saga FLX warna putih pun tiada kesan calar walaupun dihempap. Bunyi macam mustahil tetapi itulah yang terjadi. Belilah Proton!

Pokok yang cuba menghempap den

Selepas keadaan menjadi tenang, kami meneruskan pengembaraan ke arah Ranau. Jauh bah! Hasil bantuan GPS, akhirnya kami sampai dengan selamat ke destinsi.

Geli bah! Ikan gigit kaki bah!

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM 10 untuk dewasa dan untuk kanak kanak aku tak ingat. Dapatlah rendam kaki dalam 15 minit sahaja! Dasyat kau bah!

1 comment: