Thursday, June 20, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang... (Part 5)

Part 5: Kesimpulan

Beberapa perkara menarik berkenaan Sabah:

1. Di Sabah, jalan rayanya banyak roundabout. Sepertinya lebih banyak roundabout berbanding lampu trafik.

2. Kebanyakkan kenderaan di Sabah, terutamanya kereta berwarna putih. Kereta sewa kami pun berwarna putih. Agaknya orang-orang Sabah minat dengan warna putih.

3. Di Sabah, terdapat 3 jenis zon parkir, A, B dan C di mana parkir C adalah yang paling mahal. Setengah jam dibayar RM1 dan hanya boleh parkir selama 2 jam sahaja! Jika anda ke Sabah dan nampak parkir dengan garisan merah, itu parkir zon C.

4. Kaedah bayaran parkir di Sabah juga unik. Tiada meter bayaran parkir atau kupon parkir untuk digores. Kaedah bayaran parkir dikenakan adalah akan ada petugas dari Majlis Bandaraya Kota Kinabalu (MDKK) meronda dan meletakkan resit parkir dicermin kereta anda. Di resit tersebut dicatatkan nombor kenderaan, tarikh kenderaan diparkir dan nama petugas tersebut. Kemudian akan ditebuk lubang pada bahagian waktu. Setiap setengah jam petugas akan datang semula ke kenderaan anda dan menebuk lubang bagi sela waktu berikutnya. Seperti konduktor bas menebuk tiket bas (bagi yang membesar sebelum era millenium, dia faham la). Jika petugas tersebut sampai ke kenderaan anda selepas sejam anda parkir kereta, maka beruntunglah kalian karna dapat memarkir kenderaan secara gratis sejam pertama. Haha!

5. Bercuti di Sabah agak mudah kerana sistem jalanraya yang tidak berserabut dan banyak papan tanda. Jika ada alat GPS lagi bagus!

6. Perlu perancangan rapi untuk bercuti di Sabah kerana jarak antara tempat-tempat menarik adalah jauh. Jangan biarkan masa anda terbuang di atas jalan raya!

7. Sinalau bakas bermaksud roasted wild boar atau babi hutan panggang.

8. Kota Kinabalu terdapat dua buah lapangan terbang. Lapangan terbang terminal 1 dan terminal 2. Kedua-duanya terletak di tempat yang berlainan. Jika melibatkan penerbangan domestik, sila ke terminal 2. Nama lainnya ialah Lapangan Terbang Lama Kota Kinabalu.

9. Anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 1 hari untuk membeli belah di Kota Kinabalu sahaja. Banyak pasar malam di sekitar Kota Kinabalu.

10. Aksesori berasaskan mutiara amat popular di Sabah. Pergi Sabah mesti beli mutiara. Beli mutiara mesti di Sabah. Begitulah perumpamaannya.

11. Perempuan Sabah cantik. Bah!

12. Rumpai laut dimakan seperti ulam di Sabah. (Bini aku kata)

13. Bercuti di Sabah memang menyeronokkan dan memenatkan. Kalau ada dua orang hero!

Thursday, June 13, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang...(Part 4)

Part 4: Manukan, Kami Datang...

Kalau digoogle di internet berkenaan Sabah, nama Pulau Manukan pasti ada. Adalah menjadi suatu yang kurang normal jika melancong ke Kota Kinabalu tidak singgah ke Manukan. Supaya tidak tergolong dalam golongan tidak normal, kami singgah juga ke Pulau Manukan. Mandi laut.

Hendak ke Pulau Manukan atau pulau pulau yang berhampiran, perlu menaiki bot kerana jambatan sik ada(tiada dalam dialek Sabah). Jeti yang popular untuk ke sana ialah Jesselton Point. Tapi kami naik dari jeti sebelah Pasar Besar Kota Kinabalu. Setelah sesi ramah mesra, sesi berbalas pantun dan soal jawab dengan agen bot, kami berjaya menyewa sebuah speed boat dengan harga yang murah. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan mengambil masa 20-30 minit saja bah!

Dikatakan Pulau Manukan mempunyai pantai yang indah, terumbu karang dan penuh dengan ikan finding nemo. Sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Bayaran masuk ke pulau cuma RM3 bagi orang dewasa dan tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun. Itu pun jika ada kad pengenalan Malaysia warna biru.

Keindahan itu suatu yang subjektif. Lain mata lain kata. Dari segi kebersihan air pantai, kami sedikit kecewa dan malu kepada pelancong luar kerana terdapat banyak plastik plastik terapung di permukaan air. Karung beras 10kg pun ada! Terus kami bandingkan dengan Pulau Pangkor. Pulau Pangkor pantainya lebih landai dan kawasan terumbu karangnya juga agak terpencil. Jom jamu mata!

Siri Pengembaraan : Sabah, Abang Datang... (Part 3)

Part 3: Brek, Pokok dan Ikan

Lepas puas tengok lembu, kami bercadang bermain ikan pula. Untuk ke Desa Dairy Farm, perlu mendaki bukit. Makna kata, untuk keluar, perlu menuruni bukit. Di sini pengunjung memerlukan kecekapan kaki menekan brek disamping sistem brek kereta yang perlu berfungsi sebaiknya. Seperti dalam cerita pengembaraan, perlu ada unsur suspen untuk menjadikan pengembaraan itu menarik. Brek kereta sewa En Fahmi mengalami masalah. Berasap bah breknya!

Hasil daripada perbincangan 3 orang pakar automotif, iaitu aku, En Fahmi sendiri dan En Fahruz, setelah memeriksa dengan teliti masalah mekanikal yang berlaku, masalah tersebut dapat diatasi dengan begitu pantas. Iaitu dengan cara meninggalkan kereta tersebut di tempat yang selamat dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Bagi menambahkan kesan suspen dan thrill, ketika dalam perjalanan secara tiba tiba tumbang sebatang pokok besar dan menghempap kereta yang dipandu oleh hero cerita ini. Iaitu aku. Hero mana boleh cedera. Alhamdulillah, kami semua selamat. Kereta Proton Saga FLX warna putih pun tiada kesan calar walaupun dihempap. Bunyi macam mustahil tetapi itulah yang terjadi. Belilah Proton!

Pokok yang cuba menghempap den

Selepas keadaan menjadi tenang, kami meneruskan pengembaraan ke arah Ranau. Jauh bah! Hasil bantuan GPS, akhirnya kami sampai dengan selamat ke destinsi.

Geli bah! Ikan gigit kaki bah!

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM 10 untuk dewasa dan untuk kanak kanak aku tak ingat. Dapatlah rendam kaki dalam 15 minit sahaja! Dasyat kau bah!

Wednesday, June 12, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang... (Part 2)

Part 2: Sejuk, Lembu dan Demam

Sejuk kao bah! Malam di puncak Kundasang memang sejuk. Menurut Accuweather, suhu 22°C ditambah pula angin kencang. Jika dibiarkan tidur diluar bilik, boleh mengakibatkan mati kesejukan! Kinabalu Pines Resort terletak kira-kira 7km selepas Kinabalu Park jika datang dari arah KK. Dari resort, boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Lepas makan malam, tidur. Esok pagi cuba tangkap gambar pemandangan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.

Seperti semalam cuaca cloudy. Tidaq kelihatan bah mataharinya bah. Mana kao menyorok bah. Destinasi selepas sarapan ialah ladang ternakan lembu ala new zealand dairy farm. Terletak di Mersilau, Desa Fairy Farm nama diberi. Memang cantik pemandangan. Tiupan angin lebih kuat dan lebih dingin disini.

Aksi berani mati dari En Fahmi!

Ini budak demam!

Siri Pengembaraan : Sabah, Abang Datang... (Part 1)

Part 1: Lapar, Penat dan Sejuk

Kira-kira setahun yang lalu pada tarikh ini (12/6/2013), satu-satunya isteri ku yang sah telah menempah tiket penerbangan tambang murah terbaik dunia ke Kota Kinabalu (KK). Perancangan rapi ini dibuat bersama beberapa rakan sejawat tanpa dapat dihidu oleh pihak suami. Setelah tempahan dibuat, baru disampaikan kepada sang suami. Walaupun mengejutkan, tetapi para suami tetap cool. Sememangnya lelaki sifatnya begitu.

Secara detilnya, pengembaraan ini melibatkan 4 buah keluarga. Kecuali pasangan En Sharuddin dan Pn Hakimah, keluarga yang lainnya sudah mempunyai anak. Pn Hakimah sedang mengandung pada ketika ini. Pn Muliaty pula terpaksa menarik diri saat akhir atas sebab keselamatan kandungan. Pn Muliaty sedang sarat mengandung anak keempat ketika ini. Semasa tempahan tiket dibuat, beliau belum mengandung. Moralnya, jangan tempah tiket penerbangan tanpa pengetahuan suami. Akibatnya En Fahmi terpaksa berseorangan bersama 3 orang anaknya menghadapi pengembaraan ini. Massive respect! Pasangan lain ialah Pn Musalmah dan En Fahruz bersama 2 orang anak daranya.

Penerbangan dari KLIA pada jam 12 tengah hari dan tiba di KK jam 2.30 petang. Cuaca di KK ketika itu mendung. Orang putih sebut "cloudy". Memang sesuailah dengam gelaran Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sedang elok pesawat mendarat, hujan yang agak lebat mencurah. Dengan menyewa 2 buah kereta viva elite dan 2 buah kereta Proton Saga (sewa daripada En Jaya staf Politeknik KK), kami terus ke tempat penginapan, Kinabalu Pine Resort, Kundasang. Perjalanan dalam cuaca hujan mengambil masa 3 jam. Penat, lapar dan sejuk.

Oleh kerana tiba dalam hari yang hampir malam, tidak banyak gambar dapat ditangkap. Destinasi esoknya ialah "mandi bersama ikan kelah" dan melawat ladang ternakan lembu ala new zealand.