Tuesday, January 8, 2013

Isu Penerokaan Tanah Secara Haram Di Gua Musang: Satu Analisis

Beberapa hari ini kecoh di akhbar Kosmo! mengenai isu Penerokaan Tanah Secara Haram Di Gua Musang. Sudah menjadi kebiasaan apabila hampir ke pilihanraya, pelbagai isu politik akan ditimbulkan oleh parti parti politik. Satu pihak menyerang, pihak yang satu lagi menepis. Umpama beradu Silat lagaknya.

Pelbagai teori dan cerita cerita tambahan akan kedengaran, ada di antaranya bersumberkan dari entah mana. Aku sebagai Melayu sejati sudah tentu akan mengikuti perkembangan politik semasa, selain daripada perkembangan pasukan Bolasepak Selangor. Dan aku ada analisis tersendiri.

Perhatikan gambar dibawah, yang diambil dari akhbar Kosmo! Perhatikan baik baik gambar tersebut, kerana gambar ini sebenarnya dapat merungkaikan polemik penerokaan tanah secara Haram Di Gua Musang. Mungkin jurugambar yang mengambil gambar ini pun tidak sedar akan perkara ini. Teliti dengan hati yang ikhlas dan tulus, kerana kebenaran akan terlihat jika melihat ketika hati itu suci bersih.

Sudah nampak jawapan penyelesaian kepada polemik ini? Belum? Biar aku cuba bantu. Perhatikan pada bukit sebelah kanan yang dibulatkan.

Sudah nampak? Masih belum? Okay, jika diperhatikan bentuk bukit tersebut, ia berbentuk segitiga. Atau mungkin tiga segi.

Sekarang sudah nampak bukan? Ya, seperti yang anda lihat, bukit tersebut berbentuk piramid. Ya, piramid. Jurugambar ini telah berjaya menangkap gambar piramid kuno orang Melayu. Kepada yang belum tahu, Orang Melayu memang hebat. Orang Melayu membina piramid terlebih dahulu sebelum orang Mesir dan binaannya lebih besar daripada piramid Mesir. Tidak ramai yang tahu akan perkara ini kerana maklumat ini sengaja tidak dihebohkan oleh pihak pihak tertentu. Ia tersorok dicelah celah hutan banat Malaysia. Dek kerana lama tersorok, maka piramid piramid Melayu kuno ini diliputi pokok pokok hutan lalu hilang dari penglihatan. Sunway piramid tidak dikira dalam kes ini.

Tidak percaya? Kau Google saja piramid Melayu pasti kau ketemu jawapan. Dengan ini diumumkan bahawa isu Penerokaan Tanah Secara Haram Di Gua Musang ditutup dan dikira selesai.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Saturday, January 5, 2013

Kesatria Baja Hitam...

Sesiapa yang lahir dekad 80an pasti mengenali adiwira di atas, terutamanya yang lelaki. Itu ialah watak Kesatria Baja Hitam or in english it is known as Black Masked Rider. Zaman sekarang dipanggil sebagai Kamen Rider. Rancangan dari Jepun ini amat popular dahulu, mengalahkan watak adiwira dari Hollywood. Watak ini menjadi sangat popular disebabkan ia mempunyai pakej yang lengkap, kostum yang cantik, motorsikal yang hebat dan hero yang kacak. Pada zaman itu, kira kacak la hero tu. Jika ditanya pada remaja zaman sekarang, sahih la mereka akan kata Justin Bieber lagi kacak. Di bawah adalah gambar hero tersebut sebelum 'bertukar'.

Pada zaman itu, jaket putih dan sarung tangan nampak jari menjadi trend kanak-kanak. Bagi aku, gaya hero ini lebih hebat berbanding gaya kumpulan K-pop. Watak hebat ini dilengkapkan dengan sahabat baiknya iaitu belalang tempur- sebuah motorsikal yang boleh bergerak sendiri apabila diseru. Sebab itu namanya rider.

Seperti mana watak adiwira Jepun yang lain seperti Gaban dan Ultraman, sebelum berlakunya henshin (bertukar), si hero perlu membuat beberapa gaya. Bagi aku, gaya henshin Kesatria Baja Hitam adalah yang terbaik, mengalahkan Gaban dan kapal angkasanya. Kau cari saja di Youtube kamen rider black henshin untuk melihat sendiri atau klik gambar di bawah.

Sadisnya mengenai cerita ini, musuh utamanya ialah adiknya sendiri yang telah dihasut oleh pihak jahat Gorgum. Adiknya digelar Bayang Hitam atau Shadow Moon.

Dan seperti mana Ultraman yang mempunyai banyak jenis, begitu juga dengan watak Kamen Rider. Pelbagai evolusi telah dilakukan agar watak ini dapat kekal sehingga kini. Namun begitu, Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX adalah yang terbaik!

Aku rindu zaman kanak kanak......

Friday, December 14, 2012

Anak Kita Cerminan Kita...

"Apa ni Ibrahim? "

" Pedang! ", jawab Ibrahim ringkas dengan wajah bangga.

Pedang buatan Ibrahim terdiri daripada sebatang kayu, sekeping CD dan satu belon.

Sungguh pun daif, tapi dia tetap gembira. Bermain main dengan imaginasi sendiri. Teringat masa kecil dulu, ada batang kayu pun dah cukup untuk dijadikan permainan. Bukannya tidak dibelikan permainan, tetapi permainan buatan sendiri yang dibina melalui imaginasi lebih menyeronokkan.

Tatkala (cewah) anak orang lain gembira dengan tablet Android, PSP dan telefon pintar, anak aku main batang kayu sahaja. Bangga ada, sayu pun ada. Bangga kerana inisiatif, sayu kerana kelihatan daif.

HAK BERMAIN HAK KANAK-KANAK.

HAK BERIMAGINASI JUGA HAK KANAK-KANAK

Thursday, November 15, 2012

Hebat Betul Persiapan Persatuan Bolasepak Selangor...

Musim liga Bolasepak Malaysia 2012 telah berakhir. Pasukan pasukan sedang mempersiapkan diri untuk musim akan datang. Saingan dijangka makin sengit kerana ada beberapa pasukan sanggup melakukan pelaburan yang besar bagi memantapkan pasukan masing masing.

Johor merupakan pasukan yang paling sibuk. Habis semua pemain bertaraf bintang diborongnya. T team tidak kurang hebatnya. Selepas gagal mendapatkan Robbie fowler, bekas pemain liga Inggeris seperti George boateng dan Luis boa morte cuba dipancing mereka. Kelantan dikatakan sedang mendapatkan bekas penyerang Arsenal, eduardo.

Pasukan penuh tradisi, Selangor juga tidak ketinggalan. Selepas kehilangan sebahagian besar tonggak utama, dalam diam diam Selangor telah berjaya mengikat 2 pemain bertaraf bintang. Dengan kehadiran dua pemain ini, 4 piala musim depan sudah pasti dalam genggaman Selangor. Ayuh merah kuning!

Dengar cerita, amir raja lawak juga dalam radar pasukan Selangor. Abih la team lain....

Monday, November 12, 2012

. Artis Dan Kenyataan Mereka...

Kadang kadang seronok membaca kenyataan artis. Terutama artis baru, yang jenis drama atau lagu yang belum keluar radio dan tv tapi muka dah keluar majalah.

Antara kenyataan kenyataan yang menarik perhatian aku adalah seperti gambar di bawah:

Bagi tips cara elak dirogol tapi pakaian macam mengundang perogol. Satu lagi:

Kalau pakaian begitu, yang tak miang pun datang rapat. Yang lelaki pun tak kurang hebat.

Semoga dia dapat isteri yang solehah. Ada orang kata, majalah Mangga ni majalah lucah yang dihalalkan penerbitan di Malaysia. Bila dibelek belek, memang betul pun. 90% imej yang dipaparkan tidak menepati syariah Islam. Berpakaian, tetapi telanjang. Tidak cukup dengan gambar artis, ditambah pula iklan iklan porno:



Diletakkan iklan iklan aplikasi telefon bimbit untuk muat turun gambar perempuan seksi dan montok.

Gambar dan nama artis berkenaan dikaburkan untuk menjaga maruah mereka.

Saturday, October 27, 2012

Nepal Pun Dah Boleh Jadi Usahawan...

Dahulunya tersergam megah pasaraya Great Wall di simpang empat utama di Pelabuhan Klang. Dengan kemajuan yang dikecapi oleh Bandar Klang, makin banyak pasaraya yang lebih besar dan megah dibina, menyebabkan Great Wall gulung tikar. Dan premis tersebut digantikan dengan kedai serbaneka yang juga mengalami nasib yang sama beberapa tahun selepas itu.

Dan kini premis tersebut bertukar tuan lagi. Kali ini kedai yang dibuka agak unik sikit, dan sebelum ini tidak ada kedai seumpama itu dibuka di Pelabuhan Klang.

Papan tanda KEDAI SERBANEKA masih lagi ada. Di bawah papan tanda itu, ada papan tanda SRI GHORKALI TRADING. Satu perniagaan menjual barangan dari Nepal seperti baju, selimut, beg dan sebagainya. Di sebelah SRI GHOKALI terdapat sebuah lagi kedai menjual barangan Nepal, iaitu IP NAKHUTE FANCY, milik syarikat NEPAL CORNER SDN. BHD. Sendirian Berhad tu!

Bertentangan dengan kedai kedai tersebut ada sebuah lagi kedai hak milik NEPAL CORNER SDN. BHD. Kedai ini menjual pelbagai barangan, sama ada dari Nepal atau lain. Barang barang yang dijual adalah selipar, karpet, beg, kasut, vcd, jam tangan, baju, lampu picit, pemain dvd sehinggalah ke telefon bimbit. Pekerjanya sudah tentulah warga Nepal.

Pelabuhan Klang, dari dulu sehingga kini jadi tumpuan perantau. Cuma dulu perantau terdiri daripada warga Malaysia, kini pendatang asing!

Monday, October 15, 2012

Karangan: Cerita Bergambar...


ARAHAN: DENGAN MENGGUNAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 120 PATAH PERKATAAN, SILA BINA SATU CERITA BERDASARKAN SIRI GAMBAR GAMBAR DI BAWAH.

TAJUK: TRAGEDI DI KAMPUNG KEBUDAYAAN SARAWAK.