Sunday, October 30, 2011

Kedai Dobi...

Kedai dobi. Sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan mencuci, mengering, menggosok dan melipat baju. Kedai-kedai dobi ini sudah lama wujud di Malaysia. Bilangannya pula semakin bercambah. Sebenarnya perniagaan ini, walaupun tidak se-gah perniagaan-perniagaan lain, mampu memberikan pulangan yang lumayan. Pernah seorang sahabat bercerita tentang seorang sahabat kami yang berkecimpung dengan perniagaan dobi ini. Ditanya kenapa pilih kedai dobi? Jawabnya, "aku dah survey kedai dobi merata tempat. Tak ada satu pun kedai dobi yang gulung tikar!". Tidak pula aku meminta sahabatku itu mengemukakan bukti analitikal berkenaan kajiannya itu. Aku percaya kepada orang yang sanggup mengeluarkan modal berpuluh ribu ringgit untuk mulakan perniagaan. Kesimpulannya, perniagaan ini selamat dan berbaloi.

Kekadang terfikir juga, lumayankah pulangan perniagaan dobi? Lazimnya, bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sama bagi setiap kedai dobi. Bagi pakaian biasa, jumlah bayaran yang lazim dikenakan mengikut berat pakaian yang dibawa (ukuran dalam kilogram). Pelanggan selalunya terdiri daripada orang-orang bujang (terutamanya lelaki, lelaki kan sibuk), dan pelajar-pelajar.


MEngikut firasat hamba, untuk menjadi seorang pendobi tidak perlukan kepakaran luar biasa dan bakat yang hebat. Kerja-kerja membasuh dan mengering dilakukan oleh mesin. Cuma menggosok dan melipat sahaja yang dilakukan manusia. Kerja enteng saja tu!

Boleh ke jadi kaya dengan buka kedai dobi? Rezeki Allah yang tentukan. Kalau Dia nak jadikan kita kaya, maka kayalah kita. "Kun faya kun" bunyi firman Allah. Jangan kita anggap peniaga pasar malam tidak kaya. Berniaga jika dijalankan dengan jujur, maka sangat berkat rezeki yang kita perolehi. Setakat yang pernah aku pergi ke kedai dobi, selalunya dipenuhi dengan longgokan fabrik yang diikat di dalam beg plastik. Macam ini....


Kesimpulannya, perniagaan dobi ini tampak menarik dan berbaloi. Memang sesuai untuk orang Melayu macam aku ni - kerja nak senang tapi duit nak banyak juga kuat berangan. Pasaran pun luas dan fasiliti mudah untuk diperolehi. Jadi bagi yang sudah terfikir untuk bekerja sendiri, pertimbangkan perniagaan ini. Selamat mencuba!

No comments: