Tanggal 1 September 2012, bertempat di Felda Residence Trolak, Perak, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tanjung Malim mengadakan satu program yang dinamakan Ihtifal Alam Ria PASTI 2012. Dalam program ini, beberapa acara pertandingan dipertandingkan seperti nyanyian nasyid, deklamasi sajak, laungan azan, kalam jamaie dan banyak lagi.
Anak aku, Ibrahim mewakili PASTI AN NISAA PROTON CITY dalam acara nyanyian nasyid. Dia sekadar menjadi penyanyi latar sahaja. Tapi nampak macam tak nyanyi je. Begitu juga dengan rakan rakan lelakinya yang lain. Yang menjadi penyanyi utama adalah seorang pelajar perempuan. Begitu juga dengan kumpulan kumpulan nasyid yang lain. Kesemuanya mempertaruhkan pelajar perempuan sebagai penyanyi utama.
Daripada pengetahuan asas yang ada dalam diri ini, pemilihan tersebut dilakukan bukan disebabkan suara pelajar perempuan lebih lunak berbanding pelajar lelaki. Tetapi lebih kepada faktor kematangan. Kanak Kanak perempuan lebih matang berbanding kanak kanak lelaki. Begitu juga dengan tumbesaran fizikal mereka.
Aku pernah belajar tentang perkara ini 3 kali. Kali pertama semasa sekolah rendah melalui matapelajaran Alam dan Manusia (Ha, pernah dengar tak?), semasa sekolah menengah melalui matapelajaran Biologi (aku rasa la) dan akhir sekali dipertingkat Kolej Universiti (aku tak pernah masuk Universiti) dalam matapelajaran Psikologi dalam Pendidikan. Kanak Kanak perempuan lebih cepat matang berbanding kanak kanak lelaki. Sebab itulah masa sekolah rendah dulu, pelajar perempuan lebih cekap menulis surat cinta. Aku cerita berdasarkan pengalaman. Kalau zaman dahulu ada Facebook, rasanya penuh kat wall aku dengan luahan isi cinta. Ngee...
No comments:
Post a Comment