Thursday, October 3, 2013

Gila Android: Air Call Accept.

Antara feature baru yang terdapat pada telefon pintar Samsung Galaxy S4 ialah Air Gesture. Dengan Air Gesture, anda boleh melakukan beberapa perkara dengan telefon S4 tanpa perlu menyentuh telefon tersebut. Antaranya ialah menjawab panggilan telefon. Jika ada panggilan telefon, pengguna S4 hanya perlu melambai tangannya pada proximity sensor S4 dan panggilan tersebut akan dijawab dan speaker telefon juga akan terpasang secara automatik. Feature ini amat berguna untuk menjawab panggilan telefon jika anda sedang memandu kereta, dengan telefon dilekapkan pada handphone car holder. Dan anda tidak mampu memiliki bluetooth headset. Juga berguna jika tangan anda kotor.

Pada hemat saya, feature ini amat berguna. Di Google Play, terdapat beberapa pembangun aplikasi Android telah berjaya membina aplikasi sedemikian. Ia diberi nama Air Call. Syaratnya, pastikan telefon pintar Android anda mempunyai proximity sensor. Untuk telefon pintar keluaran Samsung, kebanyakan model selepas model Galaxy S3 mempunyai proximity sensor. Rujuk gambar di bawah.

Terdapat banyak aplikasi Air Call di Google Play. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Anda pilihlah sendiri. Anda cuma perlu taip "air call" di search bar Google Play. Tetapi aplikasi yang mendapat rating yang tinggi ialah Air-Call Accept. Saya pula memilih Air Call Answer. Setakat ini, memberangsangkan.

Silalah muat turun dan alaminya!

ANDROID, ENDLESS POSIBILITIES

Wednesday, October 2, 2013

Gila Android: Floating Toucher

Aku bukannya hebat sangat pasal Android. Tapi tahulah juga serba sedikit. Bagusnya Android ini, ia memberikan kebebasan kepada penggunanya untuk mengubahsuai (customize) peralatan Androidnya mengikut citarasa sendiri. Your device, Your style. Begitulah gamaknya konsep Android ini. Dengan jumlah Third Party Apps yang banyak dan stabil di Google Play, pengguna Android memiliki banyak pilihan dalam membuat customization peralatan Android mereka.

Aku sendiri memiliki sebuah telefon pintar Android. Berjenama Samsung. Model Galaxy S3. Antara aplikasi yang bagi aku amat berguna ialah Floating Toucher.

Aplikasi ini umpama butang menu yang "terapung" di atas sebarang aplikasi yang sedang dibuka. Selain itu, pengguna boleh mengubah kedudukan ikon floating toucher ini dimana-mana kedudukan di atas skrin. Ini memudahkan pengguna untuk membuka aplikasi baru tanpa perlu menekan 'home atau menu button'. Pengguna boleh memilih 8 aplikasi yang sering digunakan untuk dimasukan ke dalam floating toucher ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play secara percuma atau berbayar.

Untuk gambaran lebih jelas, silalah ke Google Play atau Youtube dan cari FLOATING TOUCHER. Selamat mencuba!

Klik untuk video

Thursday, June 20, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang... (Part 5)

Part 5: Kesimpulan

Beberapa perkara menarik berkenaan Sabah:

1. Di Sabah, jalan rayanya banyak roundabout. Sepertinya lebih banyak roundabout berbanding lampu trafik.

2. Kebanyakkan kenderaan di Sabah, terutamanya kereta berwarna putih. Kereta sewa kami pun berwarna putih. Agaknya orang-orang Sabah minat dengan warna putih.

3. Di Sabah, terdapat 3 jenis zon parkir, A, B dan C di mana parkir C adalah yang paling mahal. Setengah jam dibayar RM1 dan hanya boleh parkir selama 2 jam sahaja! Jika anda ke Sabah dan nampak parkir dengan garisan merah, itu parkir zon C.

4. Kaedah bayaran parkir di Sabah juga unik. Tiada meter bayaran parkir atau kupon parkir untuk digores. Kaedah bayaran parkir dikenakan adalah akan ada petugas dari Majlis Bandaraya Kota Kinabalu (MDKK) meronda dan meletakkan resit parkir dicermin kereta anda. Di resit tersebut dicatatkan nombor kenderaan, tarikh kenderaan diparkir dan nama petugas tersebut. Kemudian akan ditebuk lubang pada bahagian waktu. Setiap setengah jam petugas akan datang semula ke kenderaan anda dan menebuk lubang bagi sela waktu berikutnya. Seperti konduktor bas menebuk tiket bas (bagi yang membesar sebelum era millenium, dia faham la). Jika petugas tersebut sampai ke kenderaan anda selepas sejam anda parkir kereta, maka beruntunglah kalian karna dapat memarkir kenderaan secara gratis sejam pertama. Haha!

5. Bercuti di Sabah agak mudah kerana sistem jalanraya yang tidak berserabut dan banyak papan tanda. Jika ada alat GPS lagi bagus!

6. Perlu perancangan rapi untuk bercuti di Sabah kerana jarak antara tempat-tempat menarik adalah jauh. Jangan biarkan masa anda terbuang di atas jalan raya!

7. Sinalau bakas bermaksud roasted wild boar atau babi hutan panggang.

8. Kota Kinabalu terdapat dua buah lapangan terbang. Lapangan terbang terminal 1 dan terminal 2. Kedua-duanya terletak di tempat yang berlainan. Jika melibatkan penerbangan domestik, sila ke terminal 2. Nama lainnya ialah Lapangan Terbang Lama Kota Kinabalu.

9. Anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 1 hari untuk membeli belah di Kota Kinabalu sahaja. Banyak pasar malam di sekitar Kota Kinabalu.

10. Aksesori berasaskan mutiara amat popular di Sabah. Pergi Sabah mesti beli mutiara. Beli mutiara mesti di Sabah. Begitulah perumpamaannya.

11. Perempuan Sabah cantik. Bah!

12. Rumpai laut dimakan seperti ulam di Sabah. (Bini aku kata)

13. Bercuti di Sabah memang menyeronokkan dan memenatkan. Kalau ada dua orang hero!

Thursday, June 13, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang...(Part 4)

Part 4: Manukan, Kami Datang...

Kalau digoogle di internet berkenaan Sabah, nama Pulau Manukan pasti ada. Adalah menjadi suatu yang kurang normal jika melancong ke Kota Kinabalu tidak singgah ke Manukan. Supaya tidak tergolong dalam golongan tidak normal, kami singgah juga ke Pulau Manukan. Mandi laut.

Hendak ke Pulau Manukan atau pulau pulau yang berhampiran, perlu menaiki bot kerana jambatan sik ada(tiada dalam dialek Sabah). Jeti yang popular untuk ke sana ialah Jesselton Point. Tapi kami naik dari jeti sebelah Pasar Besar Kota Kinabalu. Setelah sesi ramah mesra, sesi berbalas pantun dan soal jawab dengan agen bot, kami berjaya menyewa sebuah speed boat dengan harga yang murah. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan mengambil masa 20-30 minit saja bah!

Dikatakan Pulau Manukan mempunyai pantai yang indah, terumbu karang dan penuh dengan ikan finding nemo. Sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Bayaran masuk ke pulau cuma RM3 bagi orang dewasa dan tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun. Itu pun jika ada kad pengenalan Malaysia warna biru.

Keindahan itu suatu yang subjektif. Lain mata lain kata. Dari segi kebersihan air pantai, kami sedikit kecewa dan malu kepada pelancong luar kerana terdapat banyak plastik plastik terapung di permukaan air. Karung beras 10kg pun ada! Terus kami bandingkan dengan Pulau Pangkor. Pulau Pangkor pantainya lebih landai dan kawasan terumbu karangnya juga agak terpencil. Jom jamu mata!

Siri Pengembaraan : Sabah, Abang Datang... (Part 3)

Part 3: Brek, Pokok dan Ikan

Lepas puas tengok lembu, kami bercadang bermain ikan pula. Untuk ke Desa Dairy Farm, perlu mendaki bukit. Makna kata, untuk keluar, perlu menuruni bukit. Di sini pengunjung memerlukan kecekapan kaki menekan brek disamping sistem brek kereta yang perlu berfungsi sebaiknya. Seperti dalam cerita pengembaraan, perlu ada unsur suspen untuk menjadikan pengembaraan itu menarik. Brek kereta sewa En Fahmi mengalami masalah. Berasap bah breknya!

Hasil daripada perbincangan 3 orang pakar automotif, iaitu aku, En Fahmi sendiri dan En Fahruz, setelah memeriksa dengan teliti masalah mekanikal yang berlaku, masalah tersebut dapat diatasi dengan begitu pantas. Iaitu dengan cara meninggalkan kereta tersebut di tempat yang selamat dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Bagi menambahkan kesan suspen dan thrill, ketika dalam perjalanan secara tiba tiba tumbang sebatang pokok besar dan menghempap kereta yang dipandu oleh hero cerita ini. Iaitu aku. Hero mana boleh cedera. Alhamdulillah, kami semua selamat. Kereta Proton Saga FLX warna putih pun tiada kesan calar walaupun dihempap. Bunyi macam mustahil tetapi itulah yang terjadi. Belilah Proton!

Pokok yang cuba menghempap den

Selepas keadaan menjadi tenang, kami meneruskan pengembaraan ke arah Ranau. Jauh bah! Hasil bantuan GPS, akhirnya kami sampai dengan selamat ke destinsi.

Geli bah! Ikan gigit kaki bah!

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM 10 untuk dewasa dan untuk kanak kanak aku tak ingat. Dapatlah rendam kaki dalam 15 minit sahaja! Dasyat kau bah!

Wednesday, June 12, 2013

Siri Pengembaraan: Sabah, Abang Datang... (Part 2)

Part 2: Sejuk, Lembu dan Demam

Sejuk kao bah! Malam di puncak Kundasang memang sejuk. Menurut Accuweather, suhu 22°C ditambah pula angin kencang. Jika dibiarkan tidur diluar bilik, boleh mengakibatkan mati kesejukan! Kinabalu Pines Resort terletak kira-kira 7km selepas Kinabalu Park jika datang dari arah KK. Dari resort, boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Lepas makan malam, tidur. Esok pagi cuba tangkap gambar pemandangan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.

Seperti semalam cuaca cloudy. Tidaq kelihatan bah mataharinya bah. Mana kao menyorok bah. Destinasi selepas sarapan ialah ladang ternakan lembu ala new zealand dairy farm. Terletak di Mersilau, Desa Fairy Farm nama diberi. Memang cantik pemandangan. Tiupan angin lebih kuat dan lebih dingin disini.

Aksi berani mati dari En Fahmi!

Ini budak demam!

Siri Pengembaraan : Sabah, Abang Datang... (Part 1)

Part 1: Lapar, Penat dan Sejuk

Kira-kira setahun yang lalu pada tarikh ini (12/6/2013), satu-satunya isteri ku yang sah telah menempah tiket penerbangan tambang murah terbaik dunia ke Kota Kinabalu (KK). Perancangan rapi ini dibuat bersama beberapa rakan sejawat tanpa dapat dihidu oleh pihak suami. Setelah tempahan dibuat, baru disampaikan kepada sang suami. Walaupun mengejutkan, tetapi para suami tetap cool. Sememangnya lelaki sifatnya begitu.

Secara detilnya, pengembaraan ini melibatkan 4 buah keluarga. Kecuali pasangan En Sharuddin dan Pn Hakimah, keluarga yang lainnya sudah mempunyai anak. Pn Hakimah sedang mengandung pada ketika ini. Pn Muliaty pula terpaksa menarik diri saat akhir atas sebab keselamatan kandungan. Pn Muliaty sedang sarat mengandung anak keempat ketika ini. Semasa tempahan tiket dibuat, beliau belum mengandung. Moralnya, jangan tempah tiket penerbangan tanpa pengetahuan suami. Akibatnya En Fahmi terpaksa berseorangan bersama 3 orang anaknya menghadapi pengembaraan ini. Massive respect! Pasangan lain ialah Pn Musalmah dan En Fahruz bersama 2 orang anak daranya.

Penerbangan dari KLIA pada jam 12 tengah hari dan tiba di KK jam 2.30 petang. Cuaca di KK ketika itu mendung. Orang putih sebut "cloudy". Memang sesuailah dengam gelaran Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sedang elok pesawat mendarat, hujan yang agak lebat mencurah. Dengan menyewa 2 buah kereta viva elite dan 2 buah kereta Proton Saga (sewa daripada En Jaya staf Politeknik KK), kami terus ke tempat penginapan, Kinabalu Pine Resort, Kundasang. Perjalanan dalam cuaca hujan mengambil masa 3 jam. Penat, lapar dan sejuk.

Oleh kerana tiba dalam hari yang hampir malam, tidak banyak gambar dapat ditangkap. Destinasi esoknya ialah "mandi bersama ikan kelah" dan melawat ladang ternakan lembu ala new zealand.

Saturday, February 16, 2013

Selamat Maju Jaya Warga Bangladesh!

Dulu pernah aku menulis tentang warga Nepal membuka perniagaan di Pelabuhan Klang. Kalau berminat, sila cari sendiri entri tersebut.

Pada suatu Ahad, aku ke kedai menjahit baju untuk memotong kaki seluar silat Ibrahim dan menampal logo persatuan silat di bajunya. Menurut guru silat Ibrahim, dia rekemenkan sebuah kedai di atas bangunan bank rakyat lama di tg malim. Aku pun ke situ. Pesan tok guru itu, "tukang jahitnya bangla".

Wah, bangla pun dah pandai menjahit? Hujung tahun lepas, aku mengupah seorang warga Bangladesh untuk menyimen bahagian belakang rumah aku. Awal tahun ini pula, aku mengupah seorang warga Bangladesh dan isterinya seorang warga Indonesia untuk memasang jubin di bahagian parkir rumah aku. Di kawasan perumahan aku ada 2 buah kedai runcit yang diusahakan oleh warga Bangladesh. Selama ini Ku fikirkan kepakaran mereka hanya di stesen minyak, pasaraya dan kilang sahaja. Tapi kini, mereka telah mengembangkan kepakaran mereka ke bidang peruncitan, pembinaan dan jahitan. Tidak mustahil selepas ini akan ada di antara mereka menceburkan diri dalam bidang rekaan fesyen dan hiasan dalaman. Ini namanya kemajuan!

Gambar di atas adalah pemandangan di dalam kedai jahitan tersebut. Wanita di dalam gambar itu ialah seorang pelanggan. Kedai ini juga sedia menerima tempahan baju korporat dan seragam pada harga yang berpatutan. Ah, sudah macam promosi pula!

Berdasarkan kepada pemerhatian aku, terdapat 5 orang pekerja yang semuanya terdiri daripada warga Bangladesh. Dari 5 orang itu, seorang yang fasih berbicara bahasa Melayu. Mungkin dia ialah bos. Nazrol namanya (Tiada dalam gambar di bawah). Steady je abang tu pakai singlet.

Daripada tempahan yang ditulis di papan notis, kedai mereka ini boleh dikatakan maju kerana menerima tempahan yang agak banyak dari agensi kerajaan dan badan berkanun. Upah yang dikenakan untuk memotong kaki seluar ialah RM5 dan untuk menjahit 2 lencana ialah RM4. Agak murah juga! Berdasarkan kepada pengalaman aku, antara kelebihan berurusan dengan warga Bangladesh ini, kita boleh tawar harga serendah mungkin. Kalau gertak mereka sikit, terus mereka gelabah. Haha!

Bagaimana mereka boleh buka premis perniagaan? - Aku tak tahu

Daripada mana mereka dapat modal perniagaan? - Aku tak tahu

Ada permit atau tidak mereka ini? - Juga aku tak tahu.

Jadi, anda warganegara Malaysia, jika warga Bangladesh yang selalu dipandang hina sudah boleh maju begini, mengapa tidak anda? Tanpa BR1M, BL1M, SV1M & SW1M mereka mampu ubah taraf hidup mereka. Syabas warga Bangladesh dan selamat maju jaya!

"KE ARAH MEMAKMURKAN EKONOMI UMAT ISLAM"

Saturday, February 2, 2013

Siri Ensiklopedia Melayu : Kopi....

Kopi, ia sejenis minuman. Sering ia diminum di waktu pagi, ketika bersarapan. Sering juga ia diminum di waktu malam, bagi yang berjaga malam. Kopi diminum untuk menyegarkan mata yang mengantuk. Kandungan kaffein yang begitu tinggi memberi kesegaran kepada tubuh badan. Jika dahulu, bagi masyarakat Melayu, kopi sering dikaitkan sebagai minuman untuk orang-orang tua. Minuman orang-orang muda ialah teh, milo, atau nescafe, walaupun nescafe itu sebenarnya sejenis kopi juga. Sekarang, tidak lagi. Menurut wikipedia, kopi adalah minuman paling banyak diminum di seluruh dunia. Biji kopi adalah barang dagangan kedua terbanyak selepas petroleum. Pengeluar kopi terbanyak ialah Brazil, diikuti oleh Vietnam dan Indonesia. Kedai kopi paling popular ialah Starbuck.

Di Malaysia, industri kopi semakin mendapat tempat. Di Malaysia, kopi pra campuran mendapat tempat di kalangan penggemar kopi. Mengikut kajian aku, antara jenama kopi pra campuran yang terawal ialah Kopi Merah BYG. Aku minum kopi ini masa belajar dahulu. Dengan pengenalan Ali Cafe dan Radix Cafe, ia memberikan impak yang besar kepada pasaran kopi negara.

Kopi Merah BYG
Radix Cafe

Selepas kemunculan tiga jenama kopi campuran ini, warung warung kopi seluruh Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenama kopi pra campuran, antaranya;

Kopi Jantan

Kopi Jantan untuk laki laki. Untuk perempuan? Kopi Janda. Baru lengkap!

Sudah lengkap, barulah boleh senyum...

Terdapat juga kopi untuk kesihatan

Terdapat juga kopi untuk yang "galak"

Itu kopi untuk kucing, untuk abang pun ada,

Nak lagi galak, boleh cuba kopi ini,

Kopi cendawan susu harimau! Siapalah yang berani sangat perah susu harimau tu. Kagum aku. Sebelum ini, kopi termahal dunia ialah Kopi Luwak, yang berasal dari Indonesia. Kopi ini diproses daripada tahi sejenis musang yang gemar memakan buah kopi yang bermutu sahaja. Tetapi, di Thailand telah dikeluarkan sejenis kopi yang diproses daripada tahi gajah! Dan ia merupakan kopi termahal dunia buat masa kini

Namun, kopi yang termahal tidaklah bermakna yang paling sedap. Kopi yang paling sedap terdapat di Malaysia, keluaran bumiputera.

Aku bangga jadi anak Malaysia!

Monday, January 28, 2013

Siri Ensiklopedia Melayu: Nyamuk

Dulu, nyamuk tidak sekecil sekarang. Dulu, saiz nyamuk sebesar manusia. Dulu, sekali nyamuk menghisap darah, mangsanya terus mati. Hisap darah manusia, manusia mati. Hisap darah lembu, lembu mati. Semuanya mati sebab kekeringan darah. Jadi, macam mana pula nyamuk boleh jadi sekecil sekarang?

Pada zaman dahulu, di suatu zaman tidak bertarikh, di suatu kampung tidak diketahui nama di Tanah Melayu, para penduduknya telah bersepakat untuk menyediakan korban untuk tentera nyamuk. Tujuannya ialah untuk menghalang daripada tentera nyamuk ini menyerang kampung mereka dan seterusnya mengakibatkan lebih banyak korban. Maka bergilirlah di antara mereka mempersembahkan korban. Setiap kali hari menjelang senja, korban yang selalunya berupa hewan ternakan akan dihantar ke dalam hutan dan dibiarkan. Bila malam menjelma, bala tentera nyamuk datang menuntut habuan.

Tibalah giliran sebuah keluarga miskin untuk menyediakan korban. Keluarga yang terdiri daripada tiga beranak ini tidak punya hewan ternak melainkan sayuran yang ditanam. Maka anak tunggal mereka, si gadis sunti ini menawarkan diri sebagai korban. Menagislah pasangan suami isteri miskin tadi. Pabila langit mulai gelap, gadis tersebut dihantar ke tempat korban.

Sementara menanti kedatangan gerombolan tentera nyamuk, si gadis ini menyalakan unggun api untuk menerangi kelam malam dan menghangatkan dingin malam. Akibat keletihan, gadis tersebut tertidur. Apabila tersedar dari tidur, hari sudah siang, namun si gadis masih bernyawa. Si gadis pulang ke kampung semula dalam perasaan gembira bercampur bingung.

Gegak gempita lah penduduk kampung yang tidak diketahui namanya itu melihat korban mereka masih bernyawa. Ditanya apakah rahsia apakah cerita, dijawab unggun dan asap adalah rahsianya. Pada malamnya, seluruh penduduk kampung membuat unggun api yang besar dan banyak di sekeliling kampung. Oleh kerana unggun api yang besar, maka asapnya pun tebal sehinggakan nyamuk tidak dapat menembusi.

Berita ini tersebar di kampung berdekatan dan kampung yang lain juga turut serta buat perkara yang sama. Akibatnya, nyamuk lari jauh ke dalam hutan, semakin lama semakin jauh. Makanan pun semakin berkurang, tubuh pun semakin mengecil sehinggalah ke saiz seperti hari ini.

Hikayat ini tidak pernah ditulis dalam mana mana buku. Cuma diceritakan dari mulut ke mulut dari orang tua tua. Bila Tanah Melayu dijajah Jepun, cerita ini terbongkar, dan orang Jepun yang bijak mengeluarkan satu produk yang boleh mengeluarkan asap yang diberi nama Ubat Nyamuk Fumakilla Cap Gajah. Kalau difikir logik, mana ada gajah di Jepun? Kenapa produk keluaran Jepun tetapi menggunakan logo gajah, yang habitat asalnya di semenanjung Tanah Melayu?

Dasar Jepang Maling!

Wednesday, January 16, 2013

Isu Berkaitan LISTEN...

LISTEN. Satu perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud 'dengar'. Perkataan seerti dengan LISTEN ialah HEAR. Tetapi menurut Cikgu Bahasa Inggeris semasa Tingakatan 3 dulu, sebenarnya terdapat perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut. Katanya, apabila anda LISTEN, sudah tentu anda HEAR tetapi jika anda HEAR tidak semestinya anda LISTEN. Umpama jika bahan itu adalah aloi, sudah semestinya ia juga adalah logam tetapi jika bahan itu logam, belum semestinya bahan itu aloi. Menurut sumber dari internet, HEAR adalah keupayaan untuk mendengar bunyi manakala LISTEN merupakan satu perbuatan mentaksir bunyi yang didengari.

Contoh: anda melayari facebook disamping televisyen yang terpasang. Ketika khusyuk melayari facebook, telinga anda mendengar segala bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen tersebut tetapi anda tidak tahu apa bunyi tersebut. Jika bunyi itu lagu, anda tidak tahu lagu apa yang dimainkan. Jika bunyi itu perbualan, anda tidak tahu apa yang dibualkan. Ini yang dikatakan anda HEAR tetapi tidak LISTEN kepada televisyen tersebut. Sama seperti dalam kuliah Material Technology, 10 minit pertama anda LISTEN, selepas 10 minit tersebut anda HEAR. Mengelamun entah ke mana. Begitu juga ketika khutbah Jumaat.

Ada beberapa indikator yang menunjukkan sama ada teman anda sedang LISTEN kepada apa yang anda katakan, atau dia sekadar HEAR. Lihat pada mata dia. Jika matanya tajam merenung anda, dengan dahi yang berkerut dan bibir yang dimuncungkan, maka dia sedang LISTEN kepada apa yang ada sampaikan. Jika bulat lain macam, dia sedang HEAR. Pada masa ini, melempang adalah disyorkan. Maka, jika seseorang hendak sampaikan sesuatu, cuba LISTEN dan jangan sekadar HEAR.

I'm Sorry, what was the question again?

Tuesday, January 15, 2013

Apa, Kau Ingat Kau Seorang Je Yang Ada Masalah?

Semua orang pernah ada masalah. Tidak pernah seorang pun manusia ini yang tidak pernah hadapi masalah. Sama ada masalah kecil atau besar. Masalah melanda tanpa mengira peringkat usia dan darjat keturunan. Orang miskin ada masalah, orang kaya pun ada masalah. Orang sakit ada masalah, orang yang sihat pun ada masalah. Pelajar ada masalah, pensyarah bagi masalah. Rakyat ada masalah, pemimpin pun ada masalah.

Penyanyi Lenka berkata, trouble is a friend. Ini kerana masalah sering melawat kita tanpa duga. Puan Sharifah Zohra Jabeen berkata, binatang pun ada masalah. Ikan ada masalah, kucing ada masalah, anjing ada masalah, burung pun ada masalah. Ark... Ark... Ark... Ultraman? Ultraman pun ada masalah.

Pendek kata, hampir semua makhluk menghadapi masalah. Yang membezakan antara kita ialah macam mana kita berhadapan dengan masalah kita. Ada yang bila ada masalah, dia pergi makan. Ada yang pergi bercuti. Ada yang berkaraoke. Ada yang membeli belah. Ada yang solat. Ada yang menjerit sekuat hati di puncak bukit. Ada yang luahkan kepada orang yang dipercayai dan ada yang luahkan di Facebook.

Bagaimanapun caranya, pastikan ia berkesan. Tidak menambah masalah yang lain dan paling penting selesaikan lah secara berakal, bukan secara dangkal.

Thursday, January 10, 2013

Untunglah Rakyat Malaysia...

Untunglah rakyat Malaysia. Negara aman, tiada gempa bumi, tiada gunung berapi, tiada ribut taufan. Jika ada pun, banjir dan angin monsun sahaja. Cuaca pun molek, tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas. Pendek kata, jauh dari bencana alam dan cuaca mendamaikan. Untunglah...

Untunglah rakyat Malaysia. Dulu isi buminya kaya dengan bijih timah, kini isi lautnya kaya dengan petroleum. Tanahnya subur, kaya dengan tanaman. Dulu gah dengan getah, kini dengan kelapa sawit. Pendek kata, di laut dan di darat kaya dengan hasil bumi. Untunglah...

Untunglah rakyat Malaysia. Tak perlu ke Hawaii untuk berjemur di pantai yang cantik. Tak perlu ke Himalaya untuk menikmati dinginnya cuaca gunung. Cukuplah ada pulau yang indah dan gunung yang tinggi di kepulauan Borneo sana. Pendek kata, negara cantik pemandangan menarik. Untunglah...

Untunglah rakyat Malaysia, rakyatnya berbilang kaum. Tak perlu ke India untuk menghayati budaya masyarakat India. Tak perlu ke China untuk melihat budaya Cina, tak perlu ke Indonesia untuk memahami masyarakat Melayu. Pendek kata, Semua ada depan mata. Untunglah...

Untunglah rakyat Malaysia kerana orang-orangnya hebat belaka. Yang Melayu dengan sejarah Empayar Kesultanan Melayunya, yang India dengan gahnya Maharajanya, yang Cina dengan kehebatan Dinastinya, nun di Borneo sana dengan keagungan Kesultanan Sulunya. Pendek kata, rakyat Malaysia bangsa hebat, berbudaya, pedagang dan penakluk. Untunglah...

Untunglah rakyat Malaysia. Banyak bantuan rakyat 1 Malaysia. Untunglah...

Leaders come and go. But the rakyat stay. Tanah tumpahnya darahku....